TIGA Pertaruh Lagu Pertama Ciptaan Alyah

Bermula kepada kemenangan mereka dalam pertandingan Bintang Idola BH, kumpulan TIGA yang pada asalnya dianggotai seramai 3 orang, kini bertambah seorang lagi ahli menjadikan mereka kini berempat.

Mereka terdiri daripada Arween atau Mohd Qhairol Ighssan selaku ketua kumpulan, Alfie atau Syed Alfrizal, Maya atau Maya Haryanto dan Zack Marican. Ternyata kesemua anggota TIGA mempunyai kekuatan masing-masing.

Jika sebelum ini TIGA telah berjaya dipilih menyertai The Band anjuran Astro, namun terpaksa menolak tawaran tersebut kerana bersepakat untuk tidak berpecah. The Band mengkehendaki mereka untuk tidak bercampur anggota lelaki dan perempuan.

Alfie sendiri sebelum ini merupakan anak didik Zaf Ve dalam program nyanyian Mentor musim 2. Baru baru ini telah berlangsungnya sidang media pelancaran single pertama mereka iaitu, Pengakuan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Menariknya Pengakuan telah dicipta oleh penyanyi Alyah yang merupakan bekas anggota TIGA satu ketika dulu. sebetulnya Pengakuan telah dicipta oleh Alyah ketika dia masih lagi bergelar ahli keluarga TIGA.

“Alfie sendiri kenal rapat dengan Alyah & itu antara benih benih permulaan yang mencetuskan kerjasama sulung ini,” jelas ketua kumpulan TIGA itu semalam.

Namun mereka menolak menumpang populariti Alyah yang telah menempa nama besar dalam industri hiburan.

Melihat kepada kumpulan TIGA, ada yang melabel kumpulan ini seolah-olah meniru sebuah kumpulan band sedia ada, The Fabulous Cats. Namun jelas Arween semalam, TIGA lebih cenderung kepada rentak melodi harmoni berbanding The Fabulous Cats yang lebih berani bermain dengan pelbagai genre antaranya R&B.

Tambah Arween lagi, dia yakin Pengakuan boleh diterima oleh pendengar kerana mereka yakin lagu tersebut dianggap sebagai mesra radio dan mampu menambat hati pendengar.

×