Tiga Majlis Shuib & Watie Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta
Pelakon, pelawak dan penyampai radio popular, Shuib memberitahu tiada majlis resepsi untuk perkahwinannya dengan Watie Hanifah.
Memetik Harian Metro, pada 23 Jun itu nanti akan berlangsung tiga acara iaitu akad nikah, khatam al-Quran dan berinai.
BACA: Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan
“Tidak ada majlis resepsi kerana ini adalah atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Majlis ini kami adakan sederhana saja, tetapi saya nak majlis akad nikah itu akan ada pelamin. Jadi, dapatlah bergambar bersama keluarga.
“Watie adalah anak dara dan ini perkahwinan pertamanya. Jadi, saya nak ini menjadi satu kenangan indah buat dia juga. Kami nak raikan semua orang terutamanya keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib berkongsikan majlis tersebut turut mendapat tajaan mencecah lebih RM1 juta dan dia juga ada mengeluarkan kos sendiri.
“Untuk penajaan, ia membabitkan majlis khatam al-Quran, berinai sehinggalah akad nikah. Nilainya mencecah lebih RM1 juta termasuklah barangan kemas. Namun, bukan semua kos ditaja sebab saya ada keluarkan kos sendiri juga,” katanya.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu akan diadakan di Putra Glass House, Putra Heights. Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.
- SUMBER
- harian Metro
- Ohbulan
Harapan aku… kalau masa dgn arwah dulu serba kekurangan berkatnya sampai la dia dah tiada… jangan yang ni berjuta… sekejap je panasnya… lagipun… entahla… aku xboleh blah dgn #shuwa ni sama juga dgn #shibai…
Firasat aku… memang kejap je! All the best
Pompuan ni nampak macam golongan founder founder , very FAKE !
dapat duit insurance kawin lain. betul la apa2 hal letak nama mak bapak kita bukan nama suami
Biarlah dia kawen dgn watie. Busy body tol korang. Abis jika suib x bleh tidur korang nak jaga dia ke? Biarlah dia kawen.
Korang x baca ke news byk pelik2 skrg sbb anak2 x terjaga oleh parents. Mungkin watie mmpu jaga anak2 suib
Lalalala tu dah bunyik cam orang menyalak nyanyi..boleh la tidurkan shuib..wakakakaka