fbpx

Gementar Nak Kahwin, Watie Akui Shuib Kelakar & Penuh Kejutan

Tunang kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mengakui gementar menantikan hari bahagia mereka tidak lama lagi pada 23 Jun depan.

Memetik Astro Gempak, muncul pertama kali bersama Shuib dalam program MeleTOP semalam, Watie dilihat gementar ketika ditemu bual.

BACA: “Sarah Ada Di Tempat Paling Istimewa Dalam Hidup Saya, Watie Pun Tahu…” – Shuib

“Buat masa sekarang ini, saya rasa semua benda buat saya gementar tapi dalam masa yang sama ada sedikit teruja,”katanya.

Dalam pada itu, Watie turut berkongsikan tunangnya itu seorang yang kelakar dan romantik sekaligus membuatkan hatinya terpaut.

“Shuib ini merupakan seorang yang sangat kelakar dan juga penuh kejutan. Dia juga adalah seorang lelaki yang sweet,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkongsikan persiapan majlis perkahwinannya sudah hampir 50 peratus siap serta berhatap agar segalanya dipermudahkan dalam masa sama gementar untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Ada juga sedikit rasa teruja tetapi kadang-kadang saya takut rasa teruja saya disalah faham orang lain. InsyaAllah, harap semuanya baik-baik dan dalam keadaan sederhana sahaja. Semoga benda yang kita rancang berjalan dengan lancar. Itu sahaja yang kami harapkan,” katanya.