fbpx

Tiga Lori Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik

Sedang berdepan kontroversi isu bantuan di Gaza, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew diuji lagi apabila tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan diarah berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Memetik laporan Astro Awani, ia berikutan tiga buat lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa.

BACA: “Itu Semua Fitnah, Saya Nafikan Semua Tuduhan”

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan milik Ebit Lew itu dalam perjalanan ke pantai timur.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiham berkata kesemua pemandu lori berkenaan akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Terdahulu, menerusi Instagtam Ebit dilihat ada memuat naik perkongsikan video memaklumkan sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia.