fbpx

“Itu Semua Fitnah, Saya Nafikan Semua Tuduhan”

Hari ini, hangat diperkatan apabila misi kemanusiaannya di Gaza dipertikai beberapa pihak. Susulan itu, sebentar tadi pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.

Menafikan segala tuduhan dilemparkan terhadapnya, Ebit berkata semua yang diperkatakan tidak benar sama sekali dan fitnah semata-mata.

BACA: Misi Bantuan Ebit Lew Dipertikai, Nadir Al-Nuri Dedah Cerita Sebenar

“Ini semua fitnah, saya nafikan semua tuduhan kepada saya, saya sedih, sebab ayah saya dan isteri saya tahu perkara sebenar.

“Saya akan bagi tahu hal sebenar sikit masa lagi, semua saya akan bagi tahu, saya tidak takut pun, bukti-bukti semua saya ada,” katanya.

Dalam pada itu, Ebit berkata beliau akan menjawab segala pernyataan lebih lanjut esok. Ujarnya lagi, beliau hanya mahu menghentikan perkara itu terus diperkatakan kerana niatnya ke Gaza hanya untuk memberi pertolongan.

“Sebenarnya saya minta nak hentikan semua, saya tengok dia tak berhenti lama daripada saya dekat Mesir, niat saya nak tolong orang.

“Saya pergi pun dengan duit saya sendiri. Saya tak bukak satu tabung untuk Gaza, tapi saya tak sangka jadi macam ni. Semua pakai duit saya sendiri,” katanya.