fbpx

Tiga Kali Ditumbuk Hafidz Roshdi, Shuhada Kena 10 Jahitan

Isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan dia ditumbuk oleh suaminya sebanyak tiga kali semalam di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Memetik Harian Metro, Shuhada berkata dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta tidak akan berdiam diri.

BACA: “Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras” – Shuhada

“Tak sangka ini adalah ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 29. Tergamak dia melakukan kekerasan demi orang lain sedangkan saya pernah bersamanya selama ini hingga dikurniakan dua anak.

“Selepas apa yang berlaku saya tidak akan berdiam diri. Selepas menerima lebih 10 jahitan, doktor turut memaklumkan parut dialami akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Shuhada turut berpesan kepada wanita didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangganya iaitu Athira Yuhada supaya tidak menipu sedangkan mereka masih lagi berhubung.

“Mereka masih berhubung. Kejadian yang berlaku semalam pun disebabkan perkara ini. Jadi, jangan berbohong sebab polis boleh mendapatkan bukti rekod perbualan,” katanya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata anak-anaknya tidak tahu kejadian menimpa dirinya kerana kini berada di Perlis dan dijaga oleh kedua ibu bapanya.

“Anak-anak tidak tahu yang bapanya tumbuk saya. Mereka ketika ini berada di Perlis dan dijaga oleh ibu bapa saya.

“Saya kini menetap di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Saya sepatutnya datang ke sini sekejap saja atas urusan kerja tapi tak sangka lain pula yang jadi,” katanya.

Nekad untuk berpisah selepas apa yang berlaku dan mahu meneruskan kehidupan baru, Shuhada berharap keputusan pengesahan lafaz cerai pada 21 Mac ini berjalan dengan baik.

“Saya sudah tidak mampu untuk hidup bersama dengannya. Saya ingin bina kehidupan baru. Jadi, saya harap dia akan mudahkan segala proses ini dan saya mohon anda semua untuk bantu perniagaan saya demi kelangsungan hidup saya dan anak-anak selepas ini,” katanya.