fbpx

“Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras” – Shuhada

Semalam hangat diperkatakan apabila ahli keluarga mengesahkan Nurul Shuhada ditumbuk tiga kali oleh  suaminya, Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran.

Menurut ahli keluarga yang enggan namanya didedahkan mendakwa pekakon itu menumbuk muka isterinya hingga cedera pada bahagian muka.

BACA: Keluarga Sahkan Shuhada Ditumbuk Tiga Kali Oleh Hafidz Roshdi

Lewat malam tadi, Shuhada dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story coretan mengenai seseorang yang merasakan apa dilakukan tidak pernah salah. Bagaimanapun, Shuhada mengingatkan bahawa Allah Maha Mengetahui setiap perkara.

Turut menjadi perhatian, seolah ditujukan kepada seseorang, Shuhada turut mengatakan bahawa Allah tahu bahawa individu itu tidak pernah beli beras.

Dalam pada itu, Shuhada turut mengucapkan terima kasih susulan kecederaan menimpanya itu mengakibatkan parut kekal di wajahnya serta mendoakan agar diberikan balasan seberatnya buat individu yang berbuat demikian pada dirinya.

“Terima kasih untuk cacat kekal di muka aku. Semoga Allah balaslah seberat berat kifarah buat anda dan anda. Hal ini kerana Ustaz Azhar Idrus mengesahkan mendoakan keburukan untuk manusia zalin tidak salah,” tulisnya.

Terdahulu, ahli keluarga berkata Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku serta perlu mengambil masa untuk berehat.