Filem yang sedang hangat di pawagam ketika ini, Polis Evo 2 telah berjaya mengaut kutipan jualan tiket sebanyak RM10 juta dalam masa lima hari ditayangakan. Filem tersebut ditayangkan di 146 buah pawagam seluruh negara dan Brunei.

Filem lakonan gandingan Shaheizy Sam dan Zizan Razak selaku teraju utama menduduki tangga teratas carta naskhah pecah panggung di pawagam tempatan ketika ini.

BACA: Tiada Unsur Cemar Islam, LPF Luluskan Polis Evo 2

Sebelum ini, Polis Evo 2 berjaya memecah rekod kutipan tayangan pembukaan terbesar dengan RM3.5 juta menewaskan filem Munafik 2 yang mengutip RM2.05 juta.

Namun masih belum pasti sama ada filem Polis Evo 2 ini mampu memecah rekod Munafik 2 yang berjaya memperoleh RM30 juta dalam masa 10 hari tayangan sebelum ini. (rtky/m)