Baru baru ini, ada gerakan dari sesetengah pihak yang memohon Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menilai semula filem terbaru Polis Evo 2 yang dikatakan seakan mahu mencemar nama Islam.
Dalam trailer yang dipertontonkan kepada umum, Polis Evo 2 menunjukkan yang gandingan Zizan Razak dan Shaheizy Sam berhadapan dengan ekstrimis Islam dan plot ini dikatakan mahu menggambar Islam sebagai agama pengganas.
BACA: Mira Filzah Sangkal Bakal Kahwin Zizan Razak
Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata Polis Evo 2 telah mendapat kelulusan untuk ditayangkan dan pihaknya sudah bertemu dua mufti untuk mendapatkan nasihat.?
“Filem ini menyampaikan kesan buruk sekiranya kegiatan ajaran sesat tidak dibanteras. Ada isu kemanusiaan dan agama yang kita angkat supaya menjadi teladan semua”
“Pihak kami sudah bertemu Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Perlis untuk mendapatkan nasihat. Semua karakter yang dipaparkan adalah rekaan semata”?
“Bagi saya, kita harus tonton filem ini dahulu sebelum membuat keputusan. Trailer tidak menggambarkan keseluruhan filem. Saya yakin masyarakat akan menyokong filem ini,” katanya.
LPF dalam kenyataan berasingan turut memaklumkan yang Polis Evo 2 telah mendapat status Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 untuk tayangan pawagam seluruh Malaysia. (rtky/m)