fbpx

Tidak Rasmi: Coldplay Bakal Adakan Konsert Pertama Di Malaysia 5 May Ini

Pertamanya, ingin kami ingatkan yang ini berita tidak rasmi. Tiada sebarang maklumat dari mana-mana penganjur tentang ini.

Namun, ia tidak menghalang kami untuk excited & terkinja kinja lebih dari berita kedatangan Justin Bieber ke Malaysia.

Berita kedatangan Coldplay ke Malaysia ini di’kongsikan oleh Mean (@aymeemin) melalui Twitter dan kami sendiri tidak dapat pastikan kesahihan berita ini.

Kenapa Coldplay? Kerana muzik mereka jika di’bandingkan dengan muzik Justin Bieber (kalau boleh di’panggil muzik), macam langit dengan bumi bezanya.

Memang menjadi impian kami untuk menonton persembahan live Coldplay & jika berita ini benar belaka, impian kami akan terlaksana 5 May 2011 ini.

OMG!