fbpx

Tidak Dapat Restu Bapa Nedim, Nora Danish Sanggup Putus Cinta

Tiada glamour shot Nora Danish kami paparkan hari ini kerana mengangkat kotak barang bantuan mangsa banjir lebih baik. Bukan’nya selalu dapat kita lihat wanita anggun seperti Nora Daniah buat kerja rakyat marhaen.

Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, Nora Danish menjawab gossip yang mengatakan hubungan beliau dan Nedim Nazri tidak mendapat restu bapa kepada lelaki tersebut yang juga merupakan seorang menteri.

Nora Danish berkata yang beliau sanggup untuk putuskan hubungan cintanya bersama Nedim Nazri jika tidak mendapat restu daripada kedua dua belah keluarga.

“Sudah menjadi keutamaan bagi saya untuk mendahulukan pendapat yang datang daripada ahli keluarga. Jika saya tidak mendapat restu daripada bapanya, tidak mustahil untuk saya memutuskan hubungan kami”

“Tetapi, selama berkawan dengan Nedim, dia tidak pernah memberitahu saya apa-apa mengenai perkara itu. Saya juga pernah berjumpa dengan ibu dan bapanya. Mereka sungguh merendah diri dan begitu baik terhadap saya,” jelas Nora Danish.

Pelakon ini turut berkata yang beliau dan Nedim tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga setakat ini dan jika ditakdirkan mereka bakal berkahwin, Nora Danish akan membuat pengumuman melalui satu sidang media. Kami tunggu. (rtky/m)