Tidak Ada Persefahaman Punca Izzue Islam Keluar Forteen
Jika anda menonton konsert akhir Gegar Vaganza semalam, pasti tertanya-tanya mengapa Nabil Ahmad menyebut persembahan Izzue Islam dan Forteen sedangkan mereka di dalam satu kumpulan.
Rupanya, di acara karpet merah akhir Gegar Vaganza, penyanyi dan pelakon Izzue Islam membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dia menarik diri daripada kumpulan Forteen. Izzue menjelaskan punca dia keluar dari Forteen kerana sudah tidak ada persefahaman antara mereka.
BACA: Dituduh Tipu Duit Peminat, Izzue Islam Buat Laporan Polis
Izzue juga mengakui suaranya tidak sehebat ahli lain dan antara semua dia yang paling tidak bagus. Ujar Izzue lagi, setakat ini sahaja perjalanannya bersama Forteen dan pengumuman tersebut bukannya gimik.
“Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah.
“Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus. Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja,” katanya kepada Astro Awani.
Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 yang dianggotai oleh Izzue, Amer, Ariz dan One. Antara lagu hits mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.
- SUMBER
- Astro Awani
Lantak ko la izzue oi. Ada hakaq kisah??? Suara ko bukan sedap pun. Nak kata hensem anak tiri jiran nenek angkat sebelah mak aku lagi berganda hensem dari ko. Nyah ko dari kumpulan 14 yg sendu tu hanattttttyttttyt
Jangan cakap macam tu.kita kena bagi semangat. Bayangkan kalau dia tertekan kesian dia
Apa masalah hakak ni? Kalau nk famous pon agak2 la..
X yah la kecam…saja nk perhatian la tu?? Dah la kak..daripada kutuk orang baik akak muhasabah diri… mn tau esk lusa akak dh x de… darikutuk ciptaan Allah baik akak zikir… x payah sangguo tebalkan muka utk nk famous je… kalau akak kecam mcm ni bkn dpt apa pon..dapat dosa je
Ko blakon je la…bukan semu ada bakat suara..bagus sedau diri…lg satu tolong jgn abik video atas katil ngn Bini ko..nk muntah aku.
ala…tak bestnya klu Izzue xde dlm Forteen. Dialah penyeri kumpulan tu. Suka tengok Forteen sebab dia. Suara diorang okay jer…boleh jer dengar.
Performance Forteen terbaik !