fbpx

Tidak Ada Persefahaman Punca Izzue Islam Keluar Forteen

Jika anda menonton konsert akhir Gegar Vaganza semalam, pasti tertanya-tanya mengapa Nabil Ahmad menyebut persembahan Izzue Islam dan Forteen sedangkan mereka di dalam satu kumpulan.

Rupanya, di acara karpet merah akhir Gegar Vaganza, penyanyi dan pelakon Izzue Islam membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa dia menarik diri daripada kumpulan Forteen. Izzue menjelaskan punca dia keluar dari Forteen kerana sudah tidak ada persefahaman antara mereka.

BACA: Dituduh Tipu Duit Peminat, Izzue Islam Buat Laporan Polis

Izzue juga mengakui suaranya tidak sehebat ahli lain dan antara semua dia yang paling tidak bagus. Ujar Izzue lagi, setakat ini sahaja perjalanannya bersama Forteen dan pengumuman tersebut bukannya gimik.

“Persefahaman dah tak ada, jadi baik undur diri. Ini bukan kali pertama, ini merupakan kali kedua, jadi saya tak mahu jadi kali ketiga dan seterusnya. Cukuplah.

“Antara semua, suara saya tak sehebat mereka, saya yang paling tak bagus. Ini bukan gimik, benda ini serius, cukup sampai sini sahaja,” katanya kepada Astro Awani.

Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 yang dianggotai oleh Izzue, Amer, Ariz dan One. Antara lagu hits mereka adalah Berdua Bersatu, Kita dan Dekat Tapi Jauh.