fbpx

“Tiada Talak Antara Ayah & Anak” – Ibu Aliff Aziz

Kemelut melanda rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah terlerai jua apabila pasangan ini disahkan bercerai talak satu semalam.

Selepas berlaku perceraian antara Aliff dan Bella, ibu Aliff Aziz ada memuat naik gambar cucunya, Ayden Adrean berserta kapsyen luahan menerusi Instagram miliknya.

BACA: “Saya Anggap Ini Teguran Keras Daripada Allah”

Menurutnya, tiada ‘talak’ antara ayah dan anak, begitu juga hubungan mereka dengan Ayden sebagai datuk dan nenek meskipun Aliff dan Bella sudah bercerai.

“Melalui semua ujian dan kesengsaraan, perkara yang terbaik Allah berikan kami ialah cucu. Ia sangat berharga buat kami.

“Ayden akan sentiasa menjadi cahaya hidup kami walaupun tidak dapat melihat dia membesar pada masa akan datang.

“Umi Wan dan Tok Ayah akan sentiasa mendoakan Ayden dari jauh agar menjadi insan yang hebat suatu masa nanti.

“Apa pun yang diperkatakan, kami semua sayang Ayden terutama Daddy (Aliff Aziz). Semoga Ayden membesar dengan sihat dan sentiasa bahagia,” katanya.

Diakhir perkongsian tersebut, ibu Aliff turut meletakkan tanda pagar #tiadatalakantaraayahdananak #tiadatalakantaracucudanatuksertaninda #allahknowsbest #redhadantawakkal.