fbpx

Hangat diperkatakan apabila anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal didakwa menjadi mangsa pukul teman lelakinya sehingga lebam di bahagian tangan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Difahamkan, perkara itu didedahkan oleh Instagram kelab peminat @idolla.fansdolla yang turut meluahkan rasa bimbang terhadap penyanyi itu.

BACA: “Memang Ada Dihidangkan Alkohol Tapi Saya Tak Pegang Atau Minum” – Syasya Dolla

Memetik mStar Online, bagaimanapun wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia menafikan dakwaan lebam di tangan Syasya itu bukan kerana dipukul.

Menurut wakil syarikat rakaman itu iaitu Amir berkata mereka sempat bergurau mengatakan lebam tersebut disebabkan terkena gigitan hantu.

“Eh mana ada (kena pukul). Tak betul dakwaan itu. Kami pun tak tahu kenapa tangan Syasya jadi lebam sampai macam itu. Kami sempat bergurau lagi cakap mungkin dia kena gigit hantu. 

“Kalau orang lama-lama dulu kata lebam seperti itu sebab kena gigit hantu. Tapi apa yang saya boleh sahkan, Syasya bukan kena pukul,” katanya.

Sementara itu, Amir tidak menafikan foto tersebut dimuat naik oleh Syasya di Instagram serta menyifatkan reaksi peminat terhadap gambar berkenaan berlebihan.

“Saya rasa mungkin Syasya ada muat naik gambar tangannya yang lebam di Instagram. Biasalah budak-budak nak tunjuk tangan ada lebam sikit tapi ada pula peminat yang over react.

“Tiada siapa pukul Syasya. Bukan teman lelaki atau pihak pengurusan yang pukul. Perkara ini macam tiba-tiba muncul,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan Syasya kini sedang bercuti bersama keluarga di Korea Selatan.