Ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh dirinya mengambil minuman keras ketika hadir di sebuah acara hiburan.
Memetik mStar Online, Syasya berkata video tular itu adalah fitnah bertujuan untuk menjatuhkan serta memburukkan imejnya.
BACA: Nampak Moody Dalam TV, Netizen Risau Tengok Syasya Dolla
“Video itu dah lama, ia dirakam ketika saya menghadiri acara melibatkan artis luar negara. Memang ada dihidangkan alkohol namun saya tidak pegang atau minum.
“Jadi kenyataan kononnya mengatakan saya mabuk itu adalah satu fitnah. Tiada video pun yang memperlihatkan saya minum. Kalau betul ada bukti, saya akan jelaskan,” katanya.
Bukan itu saja, Syasya turut terpalit dengan kontroversi apabila didakwa tidak profesional ketika muncul dalam satu program temu bual. Jelasnya, video itu disunting sehingga menimbulkan salah faham di kalangan netizen.
“Kalau lihat video penuh, saya sentiasa senyum sepanjang temu bual itu dan saya berperwatakan seperti biasa. Mungkin disebabkan suntingan yang tersebar di media sosial, ramai yang salah faham. Saya minta maaf kalau ada yang anggap saya kurang ajar. Selepas ini saya akan lebih profesional,” katanya.