fbpx

Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Tuntut Cerai

Tiada hujan tiada ribut, kisah penceraian Siti Saleha ternyata mengejutkan ramai peminat apatah lagi pelakon itu mengesahkan sudah memfailkan cerai terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar.

Difahamkan, punca Siti Saleha membuat tuntutan cerai kerana tiada lagi persefahaman. Perkara itu didedahkan peguamnya, Azmi Rais di Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi.

BACA: Dakwaan Orang Ketiga Punca Rumah Tangga Retak, Siti Saleha Tutup Mulut

Pagi tadi, Siti Saleha hadir bagi prosiding mendengar laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung kes tuntutan penceraian namun ditunda pada 17 Januari depan.

Pada tarikh berkenaan JKP akan diadakan sekali lagi dan menentukan sama ada perintah perceraian dengan talak atau shiqaq perlu dikeluarkan atau tidak.

Dalam pada itu, JKP akan dilakukan sekali lagi sebelum terikh berkenaan berikutan defendan (Ahmad Lutfi) dan wakilnya gagal hadir sebelum kini kerana berada di luar negara.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017. Selama empat tahun berkahwin, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.