Dakwaan Orang Ketiga Punca Rumah Tangga Retak, Siti Saleha Tutup Mulut
Tiada angin tiada ribut, rumah tangga Siti Saleha berhadapan masalah apabila pelakon itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang pagi tadi bagi sebutan kes penceraiannya pada Oktober lalu.
Siti Saleha juga mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, atas kebenaran mahkamah.
BACA: “Ya, Saya Dah Fail Cerai” – Siti Saleha
Bagaimanapun, sehingga kini Saleha enggan mengulas lanjut mengenai krisis rumah tangganya itu serta meminta semua pihak menghormati kehidupan peribadinya.
“Saya sudah beritahu sebelum ini, saya okay. Jadi, saya berharap anda semua beri saya ruang. Buat masa sekarang, saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu.
“Semua orang tahu dan peminat saya juga tahu, saya ‘private’ dan perkara ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Jadi, saya tak nak komen apa-apa,” katanya.
Apabila ditanya sama ada dia dan suami sudah tidak tinggal sebumbung dan dakwaan wujudnya orang ketiga punca keretakan rumah tangga, Siti Saleha enggan mengulas.
Siti Saleha mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi pada 28 Julai 2017. Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.
- SUMBER
- BH Online
Jom pergi Pantai Siring, ada rotii Arab cicah kari kambing. Sedapppp
Setakat roti ‘Arab kt dpn umah aku pun ada ni. Selain roti ‘arab dia jugak jual chapati, roti jala, roti tisu, roti pisang dan roti tempayan. Kari kambing, kari ayam dan kuah dal dia mmg padu, dari pg sampai mlm boleh cicah roti biasa jek dah sedap x ingat dunia.
Org KL mmg x reti mkn.. siakap pon ko melantak x tanya harga.
Apsal korang citer pasal makanan ni. Korang bg hint nak ajak mek leha dating ehh kat pantai siring sambil beromantika mkn roti arab,rotijala dan sbagainya?
Hahahaaa.. adoiii ..kannn
Yeker psl org ketiga?
sayangnyaaaaaa.. xpela sally and ex.. nnt ok lah tuuu,klu bgtau nnt org tokok tambah mcm duduk serumah.. opssssss!
Aku yakin ramai lelaki yg akan berebut2 masuk que. Siti Saleha ni tetap cantik anak dara ke isteri orang ke atau sudah jd janda. No worries Sally aplenty to choose from.
Maybe pasal xde anaj kot tu yg ada org ketiga..ingt lg masa pas majlis kawin press tnya nk anak brape..cpt je si lelaki.jwb nk sebelas anak cam team bola..tup tup da 4 thn kawin sorang pun x ada..tu la manusia hnya mampu merancang tp tuhan gak yg menentukan huhu
ape lah bingai nyer laki dia…cntik mcm ni pon xreti tebok ker..klau bg aku, dah beranak hatrik si siti ni huhu