Pelakon Bella Astillah mengatakan dia menganggap perceraian yang berlaku adalah ujian dan pengalaman dalam hidupnya serta tiada penyesalan di atas apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata dia telah memberikan banyak peluang sebelum ini namun kesalahan yang dibuat bukan kesilapan namun pilih dan dia tidak mampu melawan takdir.
BACA: “Saya Percaya Rezeki Di Tangan Allah…Saya Kini Hanya Muhasabah Diri”
View this post on Instagram
“Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik. Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
“Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata dia juga tidak mampu lagi memperjuangkan hubungan kerana hanya dia saja yang berjuang serta akan mencuba menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anaknya.
“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang.
“Doa saya agar kehidupan baru saya bersama anak-anak dipermudahkan dan saya akan cuba sebaik mungkin menjadi ibu dan bapa yang terbaik untuk mereka. Tiada penyesalan, saya terima ini adalah ujian dan pengalaman hidup,” katanya.