Pembantu Rumah & Tukang Kebun Buat ‘Projek’ Di Rumah Aliff Syukri

Baru-baru ini, menerusi siaran langsung usahawan Datin Seri Shahida mendedahkan insiden melibatkan pembantu rumah dan tukang kebun di kediamannya sendiri.

Menurut isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu, Shahida berkata pembantu rumah dan tukang kebun mereka itu melakukan perkara tidak senonoh di ruangan basement rumah.

BACA: Aliff Syukri Syukur Diiktiraf Penyumbang Zakat Tertinggi Di Selangor Setiap Tahun

“Saya punya marah sampai saya tumbuk lelaki itu. Saya ni gengster tau. Paling pantang orang buat perkara tidak senonoh di rumah saya,”  katanya.

Kata Shahida lagi, perbuatan mereka itu terbongkar selepas salah seorang ditangkap mencuri dan kisah itu diceritakan kembali kerana mahu memberi pengajaran.

“Saya dapat tahu sebab salah seorang itu ditangkap mencuri dan satu penipuan itu membuka kepada penipuan yang lain. Mereka berdua bukan suami dan isteri.

“Ini bukan aib, saya tidak sebut nama dan ini merupakan pengajaran. Siapa yang ada pembantu rumah kena ambil perhatian terutamanya kalau ada tukang kebun dan pembantu rumah. Perkara ini akan jadi, tidak mustahil,” katanya.

SUMBER: TikTok

×