“Mungkin Lelaki Takut Nak Dekat Dengan Saya”

Pengacara Hawa Rizwana berkata kesibukan dalam bekerja antara faktor utama dia sukar untuk mengenali lelaki dengan lebih mendalam apatah lagi hidupnya hanya dengan kerjaya sahaja.

Memetik Astro Gempak, Hawa berkata dia ada mendengar ada juga pihak menyifatkan dirinya sebagai wanita yang sukar untuk didekati.

BACA: Selamba Bertepuk Tangan Dengan Lelaki, Hawa Rizwana Minta Maaf

“Baru-baru ini saya kerap dengar mungkin lelaki takut nak dekat dengan saya. Hairan juga sebab saya tak garang pun, mungkin faktor kesibukan menyebabkan apa-apa hubungan ‘kawan’ tidak boleh diteruskan.

“Sebab saya akan balas mesej lambat, hidup saya bekerja sahaja. Jika balik sudah penat saya akan tidur dan masa turut menjadi punca,” katanya.

Sementara itu, Hawa turut berkongsikan ciri lelaki idamannya seseorang yang boleh menerima dirinya seadanya dan dia gembira jika dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai minat sama sepertinya.

“Saya banyak bersukan. Seronok kalau jumpa seseorang yang boleh diajak menyelam, panjat gunung, naik basikal sama-sama.

“Selain itu boleh terima saya seadanya, bonus kalau dia comel. Saya masih berkawan, cuma tiada lagi yang boleh dibawa untuk dikenalkan kepada ibu ayah. Jika sudah jumpa baru boleh dianggap serius,”katanya.

Dalam pada itu, Hawa berkata dia sentiasa memegang nasihat dan didikan kedua ibu bapanya, malah bapanya turut berpesan untuk mencari pasangan yang boleh dianggap seperti kawan baik.

“Saya sedih pula bila bercakap tentang ini sebab kedua orang tua saya sudah menjaga saya sangat baik sejak kecil. Ibu kata, dia sudah jaga saya elok dan mahu saya mencari seorang lelaki yang bagus.  Sementara ayah pesan carilah pasangan yang boleh dianggap sebagai kawan rapat,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak

×