fbpx

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz berkata dia percaya bahawa rezeki telah ditetapkan oleh Allah biarpun ada yang mengatakan kerjayanya bakal hancur selepas bercerai.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Media Hiburan, Aliff berkata dia berusaha ke arah lebih baik dan kini mahu muhasabah diri selepas apa yang berlaku.

BACA: Aliff Aziz Serah Hak Jagaan Penuh Anak, Bella Tak Tuntut Mutaah & Harta Sepencarian

“Satu perkara yang selalu saya percaya, rezeki saya dan kita semua ada di tangan Allah. Jika Allah kata ada rezeki, pasti akan ada.  Saya kini hanya muhasabah diri. Semoga apa yang berlaku ini akan menjadikan kita lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur segala urusan hari ini dipermudahkan serta meminta mereka diluar sana mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Alhamdulillah, segala prosiding hari ini berjalan lancar. Saya berterima kasih kepada pihak peguam kerana menguruskan segalanya. Saya harapkan semua pihak diluar sana mendoakan yang baik-baik saja buat saya,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan