fbpx

Tiada Pembeli, Aliff Syukri Nak Sewa Rumah Di Pavillion RM28,000 Sebulan

Pelbagai isu terpalit dirinya, namun sejak kebelakangan ini usahawan kosmetik , Datuk Seri Aliff Syukri dilihat kurang mencetuskan kontroversi seperti kebiasannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff ada memuat naik perkongsian di Instagram memberitahu hasratnya untuk menjual rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur tidak berjaya walaupun sudah setahun diiklankan.

BACA: Aliff Syukri Bantu Mangsa Banjir, Bawa 10 Kereta Pacuan Empat Roda

Aliff berkata dengan situasi pandemik ketika ini sukar untuk mencari pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah berharga RM6 juta itu. Susulan itu, Aliff mengambil inisiatif untuk menyewakan sahaja rumah berkenaan.

“Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni. Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni.

“Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished),” katanya.

Ujarnya, sewa bulanan rumah tersebut adalah RM28,000 namun disebabkan pandemik dia menawarkan diskaun hingga 50 peratus.

Kata Aliff lagi, rumah tersebut betul-betul di atas Pavillion dan boleh turun sahaja jika ingin membeli belah dan makan.

“Rumah ni betul-betul bawah Pavillion jadi kalau nak shopping beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai,” katanya.