Aliff Syukri Bantu Mangsa Banjir, Bawa 10 Kereta Pacuan Empat Roda
Pelbagai isu terpalit dirinya, namun sejak kebelakangan ini usahawan kosmetik , Datuk Seri Aliff Syukri dilihat kurang mencetuskan kontroversi seperti kebiasannya. Malah, Aliff kini banyak berkongsikan foto dan video momen bersama keluarga di Instagram.
Sejak beberapa hari lalu, beberapa negeri dilanda bencana banjir besar sehingga ramai terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara sekaligus mencetuskan kebimbangan berikutan air naik tinggi sehingga ke paras bumbung rumah.
BACA: Isteri Yakin Aliff Syukri Jadi Mangsa ‘Tikam Belakang’ Kerana Terlalu Baik
Bencana banjir tersebut turut mendapat perhatian Aliff yang juga turun padang bersama pasukannya untuk membantu mangsa banjir di Pahang.
Aliff berkata dia terpanggil untuk membantu mangsa banjir di Pahang tersebut ia merupakan negeri tempat kelahiranya dan berharap bantuan diberikan meringankan beban mangsa terlibat.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia akan turun ke beberapa tempat terjejas antaranya Maran, Temerloh, Raub dan beberapa tempat lain dengan membawa 10 buah kereta pacuan empat roda.
Perkongsian Aliff itu disambut baik oleh netizen yang mendoakan agar niat baik usahawan itu dipermudahkan dan perjalanan ke sana selamat.
Nanti boleh klaim balik.. cukai.. sedekah/ under charity apa nk risau.
Kerajaan perlu bantu salurkan bantuan dgn menggunakan helikopter .. ahli2 parlimek semua mesti turun padang asyik sibuk nk kekal kuasa PRU 15 mana ahli2 politaik smua ?
Alhamdulillah.
Tapi bantuan paling bagus adalah pasca banjir nanti. Bantuan bersihkan rumah-rumah mangsa, nak basuh selut lumpur semua tu. Makanan dah banyak.
Yang paling penting, kerugian mereka nanti. Bagi barang asas spt meja makan, katil, tilam, bantal, selimut, peti sejuk, baju2, dapur gas, etc. Dan tolong cuci lumpur, rumah yang berselut. Terima kasih frontliners yang turun padang tolong mangsa-mangsa banjir.
Semoga Allah permudahkan urusan mangsa-mangsa banjir dan yang menghulurkan bantuan. Aamiin.
..Helikopter dah turun 2 biji kat temerloh