fbpx

Pelakon Shakilla Khoriri ada memuat naik perkongsian meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Zoo Negara baru-baru ini.

Menerusi satu entri di Instagram, Shakilla mempersoalkan bagaimana untuk menyokong dan mempromosi kankepada orang ramai untuk ke Zoo Negara sedangkan tiada pembaharuan.

BACA: “Saya Sudah Move On, Hati Saya Dah Tertutup Buatnya” – Shakilla Khoriri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Banyak yang suruh datang and support Zoo Negara tapi macam mana nak promosi dan ajak ramai-ramai datang. How? Dia ibarat kau ajak orang datang rumah ramai-ramai tapi tak ada hidangan makan minum. Just datang. Cannot!”, katanya.

Menurut Shakilla lagi, keadaan tempat rekreasi tersebut sangat menyedihkan dan tiada apa benda baru untuk dibualkan dengan anaknya.

“Cubalah nak share dan support tapi end up hati kecil aku agak kecewa dengan tiada pembaharuan yang dibuat. Keadaan semua sangat menyedihkan. Cuba positive dan cari apa yang lain untuk aku bualkan pada anak-anak tapi takde. Ohhhh… ada panda je lah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shakilla turut memberi cadangan kepada pihak pengurusan Zoo Negara untuk menaik taraf tempat rekreasi itu untuk menarik pengunjung datang.

“I think zoo negara management dah boleh sit down and do something instead of ajak orang datang ramai-ramai tanpa ada apa yang mengairahkan disitu. Kesian parents.Kesian anak-anak. Maafkan saya tapi siapa yang pernah datang dulu dan kini akan faham apa maksud saya. Sekian”

Perkongsian Shakilla itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan pelakon berkenaan serta berkongsikan pengalaman yang sama.