fbpx

Hampir 8 bulan bergelar ibu tunggal, pelakon Shakilla Khoriri berkata hatinya sudah tertutup dan tidak mungkin akan kembali kepada bekas suaminya, penyampai radio, Fizi Ali.

Memetik Kosmo, Shakilla berkata sebelum ini dia pernah terbuka untuk menerima semula bekas suami itu namun kini sudah tertutup sepenuhnya.

BACA: Fizi Ali Suruh Tanya Shakilla Khoriri Sendiri Punca Hilang Sabar

“Jujur saya katakan saya dah boleh ‘move on’ (teruskan hidup) tanpa dia (suami) di sisi. Hati saya dah tertutup buatnya Kalau ditanya, ya saya masih sayangkan dia, tetapi bukan mencintainya. Begitu juga dia. Kami sudah tiada hati antara satu sama lain.

“Perasaan sayang yang masih berbekas dalam hati ini pun disebabkan dia masih bapa kepada anak kami, Ameena, selebihnya tiada,” katanya.

Sama seperti wanita lain di luar sana yang dambakan kebahagiaan, Shakilla berkata dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lekaki lain.

Saya juga mahukan kebahagiaan. Saya juga dambakan sebuah perkahwinan dan kehidupan yang pada akhirnya membahagiakan.

“Saya tak pernah nak tutup hati buat mana-mana lelaki lain. Asalkan dia dapat menerima dan faham saya serta anak seadanya, sudah cukup memadai,” katanya.

Bagaimanapun, buat masa ini Shakilla berkata dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan anak tunggalnya, Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.

“Buat masa sekarang, saya enjoy (nikmati) kerja yang saya lakukan. Tawaran lakonan juga alhamdulillah tidak putus. Ini rezeki buat saya dan anak.

“Bekas suami juga banyak membantu dan tak lupa tanggungjawabnya sebagai bapa walau kami sudah berpisah dan tidak lagi bersama,” katanya.

Terdahulu, Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018, namun bercerai pada pertengahan Disember tahun lalu.