fbpx

“Tiada Niat Nak Tunjuk Kemesraan Kepada Umum”

Seringkali terlihat bahagia di laman sosial, pasangan Wawa Zainal dan juga Aeril Zafrel kini sudah tujuh tahun melayari bahtera rumahtangga bersama. Namun bagi Aeril, dia dalam masa yang sama tidak berniat sengaja untuk menunjukan kemesraan bersama isterinya itu.

BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bawa Anak Bercuti Ke Korea

“Saya tiada niat pun nak tunjuk kemesraan kepada umum. Ia adalah untuk simpan memori kami dan anak-anak sahaja. Kalau simpan di telefon terlalu banyak jadi kongsi sahaja di Instagram sebagai kenangan,” jelasnya kepada mStar online.

Tambahnya lagi, jangka masa perkahwinan mereka juga turut membuatkan Aeril dan Wawa tidak lagi merajuk dan saling memujuk kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.

“Tujuh tahun adalah masa yang matang untuk hubungan suami isteri. Sebelum ini mungkin kami muda dan sering terasa. Sekarang semua sudah faham sendiri dan tiada aksi pujuk memujuk kerana masing-masing dah faham,” katanya. (rtky/s)