fbpx

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bawa Anak Bercuti Ke Korea

Musim salji di luar negara pada ketika ini membuatkan ramai selebriti tanah air bawa keluarga bercuti. Tidak terkecuali, pasangan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang kini sedang bercuti di Korea bersama anak-anak.

BACA: Aeril Zafrel Bina Badan Demi Wawa Zainal

Menerusi Instagram, Aeril dan Wawa sama-sama berkongsi momen-momen indah mereka di Korea yang kini bercuaca sejuk. Rata-rata peminat seronok melihat telatah anak-anak mereka yang teruja bermain salji di sana.

Buat pasangan ini, pastinya berbeza pengalaman kali ini membawa anak-anak kecil bercuti sekali di tempat yang sangat sejuk. Memang tak menang tangan melayan kerenah mereka teruja melihat tempat yang cantik.

Apapun sebagai selebriti yang sentiasa sibuk dengan kerja, tidak salah sekali sekala merehatkan minda bercuti. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar bercuti Aeril dan Wawa di sekitar Korea. Enjoice! (rtky/w)