fbpx

Tiada Niat Nak Melucah, Shuib Sepahtu Mohon Maaf

Hangat diperkatakan mengenai apabila aksinya memarut kelapa pada program Sepahtu Live Reunion didakwa berunsur lucah beberapa hari lalu, pelawak Shuib Sepahtu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tiada niat untuk melucah sebaliknya hanya untuk melawak, Shuib berkata adegan tersebut tidak membawa maksud apa-apa dan dia tidak sangka ianya menjadi kontroversi.

BACA: Akaun Tinggal RM500, Sarah Dedah Pernah Hidup Susah Dengan Shuib

“Babak tu dah jadi kontroversi pula. Jadi di sini saya dengan rendah dirilah nak memohon maaf kepada mereka yang terasa hati, kepada mereka yang rasa babak tersebut tidak patut dilakukan.

“Saya nak beritahu, ikhlas daripada hati saya, ketika melakukan babak itu, saya tidak ada maksudkan apa-apa. Tak ada nak pergi ke lucah ke, tak ada.

“Saya hanya nak buatkan orang ketawa sahaja. Tiada niat apa-apa. Tapi itulah, kalau kata ada yang terasa hati, saya minta maaf banyak-banyak,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram itu, Shuib turut berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara sama dan meminta penonton agar terus memberi sokongan terhadap program mereka itu.

“Insya Allah, ke depan saya tidak akan buat lagilah benda-benda yang macam itu,” katanya yang turut meminta ramai agar terus menyokong program lawak berkenaan,” katanya.