fbpx

Akaun Tinggal RM500, Sarah Dedah Pernah Hidup Susah Dengan Shuib

Hampir 9 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah mendedahkan sepanjang kehidupannya bersama pelawak, Shuib Sepahtu dimana mereka pernah melalui fasa perit apabila dalam akaun bank hanya berbaki RM500.

Meskipun berdepan kesusahan, bagaimanapun Sarah sentiasa mengingatkan Shuib tentang kepentingan bersedekah dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu.

BACA: “Pernah Kena Ugut Bunuh, Suami Tak Ada Duit”

“Kalau kita bagi sedekah, Allah akan bagi kita balik lebih. Dahulu, dalam akaun bank kami pernah hanya ada RM500. Ada tanggungjawab nak bayar pembantu rumah, kereta dan bayar itu ini.

“”enda pertama yang saya tanya Shuib, sudahkah sudah bagi duit kepada ibunya. Dia jawab ‘belum’ dan hanya ada RM500. Saya cakap kalau dia ada RM500, mak dia ada berapa? Saya cakap sekurang-kurangnya, bagi half (separuh),” katanya menerusi program bual bicara Naura.

Mengimbas kembali zaman ketika tiada media sosial, Sarah berkata dia hanya menerima surat dari para peminat dan surat-surat itu akan ditapis dahulu oleh bapanya, penyanyi Raisuddin Hamzah sebelum diberikan kepadanya

Malah, Sarah pernah menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui surat sehingga bapanya menggunakan perkhidmatan body guard untuk menjaga dan mengawasi keselamatannya.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 8, Dzahira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.