fbpx

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata wajar untuk menantunya, Puteri Sarah tampil cantik, kemas dan bergaya meskipun pelakon itu masih dalam tempoh edah.

Memetik Harian, Yusof berkata menantunya itu perlu bekerja dan mencari rezeki selepas berpisah dengan suaminya, Syamsul Yusof dan ia bukan satu masalah untuk Puteri Sarah tampil bergaya.

BACA: Syamsul Belum Bercakap Dengan Ibu, Yusof Haslam Fikir Positif Anak Masih Sibuk

“Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab,” katanya.

Baru-baru ini, Puteri Sarah ditegur tidak menghormati tempoh edah susulan berkongsikan gambar-gambar di Instagram tampil cantik dan bergaya.

Dalam pada itu, Yusof berkata beliau dan isterinya Datin Patimah menghormati masa kerja Puteri Sarah yang sibuk dengan penggambaran serta mengikut kelapangan menantunya itu untuk bertemu dengan kedua-dua cucu mereka.

“Sudah pastilah kami kena ikut kelapangan masa Sarah untuk bertemu dengan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Paling tidak pun, sebulan sekali mereka akan datang ke rumah kami.

“Apatah lagi, Syaikhul dan Sumayah rapat dengan tiga cucu saya yang juga anak kepada Syafiq dan Aesyah iaitu Nur Jannah, Nur Syaiba dan bayi lelaki, Nu Aiman. Mereka (Syaikhul dan Sumayyah) tetap penawar dan penghibur saya serta isteri di penghujung usia kami ini,” katanya.