fbpx

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata anaknya iaitu Syamsul Yusof masih belum menghubunginya atau isterinya, Datin Patimah Ismail selepas sah bercerai dengan Puteri Sarah minggu lalu.

Memetik mStar Online, Yusof berkata mungkin anaknya sibuk kerja apatah lagi sedang menjalani penggambaran Original Gangster dan belum berkesempatan untuk menghubunginya.

BACA: “Mereka Bercerai Talak Satu, Kalau Ada Jodoh Boleh Berbaik Semula”

“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia. Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.

“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okay,” katanya.

Mengulas mengenai hubungan Syamsul dan Puteri Sarah yang dilihat mesra selepas bercerai, dia melihat ada anak rakan-rakannya kembali rujuk selepas bercerai namun hanya takdir menentukan.

“Ramai kawan-kawan saya anak mereka ada berlaku perceraian, selepas beberapa tahun kemudian rujuk balik. Tapi saya tidak boleh menyatakan apa-apa sebab segalanya takdir yang akan menentukan.

“Mungkin takdir tak tertulis begitu, itulah jadinya, kalau tidak, tidaklah, hanya Allah menentukan. Kami sebagai orang tua hanya doakan yang terbaik,” katanya.