fbpx

“Tiada Majlis Pengumuman Jantina Anak Akan Dilakukan”

Usia kandungan sudah mencecah enam bulan, Elfira Loy memberitahu dia belum membuat keputusan untuk melahirkan anak pertamanya itu di mana-mana hospital atau pusat perubatan.

Elfira berkata, dia akui sudah mula rasa takut memikirkan detik-detik melahirkan anak sulungnya itu dan kalau boleh dia mahu bersalin secara normal.

BACA: “Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin”

“Tak ada persediaan memandangkan kandungan saya baru nak masuk enam bulan. Cuma buat masa sekarang, saya ada lakukan check up di klinik swasta. Kalau ditanya di hospital masa untuk bersalain saya tak pilih lagi sebab takut.

” Kalau lakukan kaedah pembedahan, perasaan tersebut tidaklah rasa takut sangat. Cuma rasa takut terjadi sebabnya saya mahu bersalin cara normal kalau boleh,” katanya kepada Media Hiburan.

Kongsi Elfira lagi, dia dan suami belum lagi membeli barang keperluan anak dan mahu bersedehana sahaja. Elfira berkata tiada pengumuman jantina akan diadakan dan mahu ianya jadi kejutan.

“Buat masa ini kami belum beli sebarang keperluan anak yang bakal lahir dan tiada majlis pengumuman jantina akan dilakukan. Biarlah ia jadi kejutan.

Dalam pada itu, Elfira memberitahu dia idamkan untuk menimang cahaya mata perempuan dan suaminya pula mahukan anak lelaki.