fbpx

“Saya Dah Mula Rasa Takut Nak Bersalin”

Usia kandungan sudah memasuki enam bulan, pelakon Elfira Loy akui sudah mula rasa takut untuk bersalin namun dalam masa sama teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata sulungnya itu.

BACA: Tak Tahu Siang Ikan, Elfira Loy Diperli Netizen

“Sekarang ini, saya dah mula fikir takut hendak bersalin dan sudah mula memikirkan bagaimana keadannya bila semakin dekat dengan waktu itu.

“Dalam masa yang sama saya teruja juga untuk menati kelahiran anak saya ini dan ia adalah cucu pertama bagi kedua-dua belah keluarga saya dan suami.

“Buat masa sekarang saya hanya mahu fokus dan menikmati proses kehamilan ini kerana ia rezeki dari Allah yang bukan semua orang dapat rasainya,” katanya kepada Astro Gempak.

Berkongsikan perubahan yang dialaminya semenjak berbadan dua, Elfira berkata dia kini lebih suda memandu kereta sendiri.

“Jika dulu saya tidak suka memandu tetapi kini saya sendiri yang akan memandu kerana jika tidak saya akan rasa pening duduk di dalam kereta,” katanya lagi.

Sememangnya kehamilan pertama pasti akan memberikan debaran buat setiap bakal ibu. Apa pun semoga segala urusan Elfira melahirkan bayi sulung nanti dipermudahkan.