“Tiada Lelaki Nak Berkenalan Dengan Saya”
Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, ramai wanita mengagumi semangat Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya. Sememangnya bukan mudah untuk menjadi ibu dan ayah dalam masa yang sama.
Pasti ramai yang tertanya-tanya tidakkah Rita teringin untuk mencari pasangan hidup selepas enam tahun hidup solo. Bagaimanapun, Rita berkata buat masa ini dia tidak berkenalan dengan mana-mana lelaki dan belum terbuka lagi hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.
BACA: “Sebak Tengok Daddy Orang Lain Yang Pujuk, Peluk Dia”
“Saya sangat selesa dengan kehidupan sekarang, saya bahagia dengan diri saya dan juga anak-anak.
“Bercakap soal berkahwin kali kedua, saya memang tak nak dan tiada juga yang mencari saya atau berusaha mengenali saya.
“Saya sentiasa sibuk menumpukan perhatian menguruskan anak-anak dan kerjaya dan masih tidak terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga kali kedua,” katanya kepada Astro Gempak.
Mungkin Rita belum cukup bersedia untuk berkahwin lagi selepas dua gali gagal dalam perkahwinan. Untuk rekod, Rita Rita dan Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, kemudian bercerai pada 2013.
- SUMBER
- Astro Gempak
PU Abu Zinna dan Ude Wahid ada mereka suka janda.
Anak dara ditebuk untuk buat zuriat dapat janda buang isteri
Ambillah mereka… nak lagi ramai tu
tajuk tak sama dgn isi kandungan.
cakap tiada lelaki nk berkenalan, sbnrnya..ko yg x mahu berkenalan…atau tajuk tu mmg btui..sbb mulut ko..suka buka pekung..sbb tu org gelar ”sepender”..
Lelaki Pun takut nak dekat dgn makcik rita ni..kang jodoh x panjang mau dia tuntut segala aneka mak nenek
Zakuan post video kotey kt twitter.. X tgk ke
Ngeteh Kedai Mamak Siang Malam, Banyak Pulak Duit Kau? Anak Bini Kat Rumah Apa Cerita
Kisah benar dibulan Ramadhan
Bulan Ramadhan yang mulia ni masih ada insan yang bongkak dan sombong, Melayu Islam datang rumah Melayu Islam, cuma ucap Ha Bro je. Tak reti ucap Assalammualaikum. Dari mula sampai rumah, sampai Melayu berlagak yang setakat beli Proton Persona hutang 9 tahun tu balik, tiada langsung ucapan Salam.
Menurut ustaz, Itulah umat yang bongkak dan sombong. Berlagak macam boss besar, walhal motor murah pun tak boleh beli. Lagak je lebih, pandang hina kat orang lain yang malas nak menunjuk beli kerera besar. Orang yang pergi kerja naik motor, tapi kereta ada 6 biji. Semua kereta cap German, ko punya kereta? Macam dah nak terbarai aku tengok.
Setakat tiap tahun pergi oversea tapi naik Airasia tempah 2 tahun lepas, tak payah nak berlagaklah. Pi mamposlah dengan ha bro ko tu. sedarlah diri tu sikit, kereta dah kena tarik, nasib baik bini ko berniaga, itulah yang buat bayar rumah, letrik, air kereta, minyak kereta, tol, belanja anak-anak sekolah dan macam macam lagi.
Kesian tengok bini ko, baju tshirt hari hari pakai yang 3 helai rm10.00, yang ko berlagak sana sini macam boss besar. Ko bawak kereta keluar pergi ngeteh, bini ko menapak sampai berkilometer. Nasib baik ada orang tolong hantar balik. Kalau tak, mau pengsan tepi jalan.
Fikirkan sikit ekonomi keluarga, jangan asyik nak berlagak. Orang semua tau yang ko tu tak kerja dan ada masalah kewangan. Jangan sampai bini ko lari ikut Datok, Tan Sri kaya, baru lah ko melepek macam cicak jatuh dari siling rumah. Badan ko oun dah kurus kering macam tak cukup vitamin je aku tengok. Tapi kau punya berlagak, macam di tabur baja tiap hari eh.
Kembalilah ke pangkal jalan. Ko bukan boss macam dulu dah. Ko menganggur bertahun tahun dah, semua bini ko yang tanggung. Malulah sikit. Mak mertua ko ada mengadu kat aku hari tu, semua cerita ko aku tau, aku malas je nak malukan kau.
Kalau kau baca apa yang aku tulis ni, muhasabah diri lah sikit. Bulan puasa ni pun aku tengok ko hari hari angkut keluarga kau pergi berbuka kat masjid. Kat masjid tu kan untuk golongan asnaf je. Apahal pulak boss besar macam kau menyibuk di masjid. Biasanya golongan boss besar ni, sedekah ratus ribu kat masjid untuk golongan asnaf berbuka, pastu depa pi sedekah pulak hari hari kat hotel 5 bintang. Yang ko hari hari bawak keluarga berbuka kat masjid, makan hak golongan asnaf.
Ko fikirlah, aku bukan nak dengki, aku kesian tengok anak bini kau.
Ingin nak tau gerangan yg kena bawang ni…. ( Kengkawan aku pong ada lagu ni gak, kelik kapong… Uihhhhh… Maleh nak komen.)