fbpx

“Sebak Tengok Daddy Orang Lain Yang Pujuk, Peluk Dia”

Hampir enam tahun bergelar ibu tunggal, ramai wanita mengagumi semangat Rita Rudaini dalam membesarkan dua cahaya matanya. Jika anda mengikuti Instaragam Rita, pelakon ini sering berkongsikan video anak-anak.

Baru-baru ini, Rita berkongsikan satu video anak sulungnya Airit Rayyan yang bersedih dipujuk oleh bapa kepada rakannya. Menerusi entri tersebut, Rita turut meluahkan rasa sebak berkata melihat situasi tersebut.

BACA: “Kesian Tengok Daddy Dekat TV, Sepatutnya Duduk Tempat VVIP”

Kata Rita lagi, dia terpaksa membiarkan anaknya itu duduk seorang diri untuk memberi ruang kepada anaknya untuk bertenang kerana kecewa dalam acara sukan tahunan di sekolah.

https://www.instagram.com/p/BwqzfABBUPM/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen, rata-rata netizen turut merasa sebak dan menitiskan air mata melihat momen tersebut serta memberikan kata-kata semangat kepada Rita dan anak-anaknya untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Rita dan Aidil Zafuan berkahwinan pada 2008, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama lima tahun sahaja apabila bercerai pada 5 September 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.