fbpx

“Tiada Isu Saya Ambil Anak Angkat Tanpa Agensi”

Baru-baru ini Sufian Suhaimi telah mengambil anak angkat, Faeq Razeeq tapi ramai pula mempersoalkan hal ini hingga menjadi perdebatan. Jelas Sufian, Faeq dijadikan anak angkat tanpa membabitkan mana-mana agensi berkaitan kerana ia dilakukan menerusi permuafakatan bersama.

BACA: Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat, Faeq Razeeq

“Ramai yang tidak jelas mengenai perkara ini, hingga sesetengah pihak menjadikannya bahan perdebatan. Ibu bapa Faeq adalah kawan baik saya sejak dahulu lagi dan kami sama-sama berasal dari Mersing, Johor”

“Sampai sekarang, hubungan kami akrab. Apabila kami berjumpa, Faeq pun ada sekali. Kami pula hampir setiap hari melepak bersama. Saya dapat rasakan, saya dan Faeq serasi, jadi saya meminta izin mahu menjadi ayah angkatnya,”

“Saya mengambil Faeq sebagai anak angkat bagi mengisi rasa kekosongan dalam diri, selain ingin menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai spekulasi yang timbul tentang anak angkatnya.

Tambah Sufian sejak pengambilan anak angkatnya yang berusia tiga tahun itu, beliau merasa sangat teruja untuk mempelajari hal berkaitan penjagaan anak selain mengisi kekosongan hidupnya. (rtky/w)