fbpx

Sufian Suhaimi Ambil Anak Angkat, Faeq Razeeq

Selepas episod putus tunangnya, Sufian Suhaimi memberitahu soal cinta bukan lagi satu kepentingan buatnya sekarang. Sufian turut meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat.

Nampaknya, menerusi perkognsian terbaru Sufian memaklumkan bahawa dia sudah pun mengambil anak angkat yang diberi nama Faeq Razeeq. Menerusi entri tersebut Sufian berkata usia bukanlah penghalang untuk dia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.

BACA: Sufian Suhaimi Mahu Ambil Anak Angkat

Turut berkongsikan foto bersama anak angkatnya, Sufian meluahkan rasa syukur di atas nikmat dan rezeki dikurniakan kepadanya.

“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat,” tulisnya.

Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian rakan-rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi Di Matamu itu.

Malah, netizen turut mendoakan semoga Sufian menjadi ayah yang baik dan bertanggungjawab dan dipermudahkan segala urusan.