fbpx

Tiada Hadiah Untuk Ameena, Netizen Persoal Aliff Syukri & Isteri

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida mengadakan sambutan hari lahir untuk ketiga-tiga anak mereka iaitu Qadejah, Ibraheem dan Ameena.

Menerusi Insta Story, Shahida turut berkongsian video di mana suaminya memberikan hadiah kepada Ammar, Baem dan Cess namun tidak pula kepada Ameena. Susulan itu, ramai yang mempersoalkan layanan pasangan itu terhadap anak angkat mereka.

BACA: Aliff Syukri Minta Cadangan Nama Anak Dari Netizen

 

Geram dengan persoalan netizen, Shahida pantas menjelaskan mengenai perkara itu dimana Ameena masih lagi kecil dan ketiga-ketiga anaknya juga baru merasa menerima hadiah apabila umur mencecah 8 tahun.

Jelas Shahida lagi, anaknya Yusof juga tidak pernah menerima apa-apa hadiah pada majlis hari jadinya yang lalu. Malah, Shahida turut bertanyakan kepada netizen adakah dia perlu melayan Ameena lebih dari anak kandungnya sendiri baru mereka puas hati.

Shahida turut memerli netizen supaya lebih kasihankan kanak-kanak di Syria yang hidup lebih susah serta serba kekurangan berbanding Ameena yang segalanya sudah mencukupi.