fbpx

Aliff Syukri Minta Cadangan Nama Anak Dari Netizen

Umum mengetahui Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Nur Shahida bakal menimang cahaya mata kelima mereka tidak lama lagi. Aliff juga keliru untuk memberikan nama kepada anaknya yang bakal lahir kelak.

Menerusi Instagram, usahawan kosmetik tersebut meminta cadangan orang ramai tentang pemilihan nama yang sesuai untuk anaknya itu. Ujarnya lagi, nama yang paling unik dan istimewa akan diberikan kepada anaknya itu.

BACA: Baru Berbaik Dengan Isteri, Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Mewah

“Korang rasa dalam perut isteri abang ini baby girl or baby boy..cuba teka? Kalau dapat baby girl..apa nama yang paling sedap dan yang paling sesuai? Tapi kalau dapat baby boy pula apa nama yang sesuai nak bagi, abang keliru lah.

“Nama yang korang cadangkan paling unik dan istimewa mungkin abang akan ambil untuk abang gunakan sebagai nama anak yang dalam kandungan ini,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan meneka jantina bayi berkenaan dan ada juga yang memberikan cadangan nama yang harus diberikan.

Dijangka bersalin November ini, kami mendoakan agar ibu dan bayi selamat dan semoga proses bersalin dipermudahkan.