Tiada Apa Nak Disorok, Ikmal Amry Izinkan Isteri ‘Check’ Telefon

Pelakon kacak Ikmal Amry berkata dia tidak kisah jika isterinya, Najla Samshul mahu memeriksa telefonnya kerana baginya tiada perkara yang hendak disorokkan.

Memetik mStar Online, Ikmal berkata bersikap jujur dan kepercayaan adalah penting bagi mengelakkan timbul salah faham dalam rumah tangga.

BACA: “Ramai Cakap Saya Jefri Nichol ‘Green Flag” – Ikmal Amry

“Kalau nak tengok telefon, baca WhastAapp bergi saja. Jangan bagi mereka ruang fikir bukan-bukan. Bila tak ada apa nak disorokkan, isteri akan meletakkan kepercayaan dan rumah tangga akan jadi harmoni.

“Masa bercinta pun kalau dia nak tengok telefon saya bagi. Saya tak buat apa-apa kesalahan, kalau takut mesti ada buat salah,” katanya.

Sementara itu, Ikmal berkata isterinya pernah rasa curiga terhadapnya ketika di awal perkahwinan apatah lagi dia menerima banyak mesej di Instagram.

“Mestilah isteri saya pernah rasa was-was juga. Dia kahwin dengan seorang pelakon, jadi sikap cemburu itu mesti ada. 

“Sebagai pelakon saya berinteraksi dengan ramai orang, biar dia (isteri) tahu realiti sebenar. Memang ada orang DM kacay saya, tapi biar dia tahu,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×