fbpx

Konsert The Killers Live In Malaysia Ahad Ini

Kumpulan rock terkenal, The Killers bakal membuat persembahan pertama mereka di Sepang International Circuit (SIC) Helipad pada hari Ahad bersamaan dengan 22 September ini yang mana bagi mereka yang sudah pun membeli tiket boleh masuk tepat jam 8 malam.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Kumpulan yang dianggotai oleh Brandon Flowers, Dave Keuning, Mark Stoermer and Ronnie Vannucci Jr ini popular menerusi lagu berjudul ‘Mr. Brightside’, ‘When We Are Young’, ‘Somebody Told Me’, ‘All The Things That I’ve Done’ dan banyak lagi.

Kumpulan yang mula dikenali selepas album debut mereka, Hot Fuss meletup pada tahun 2004 sehingga kini kumpulan yang berasal dari Las Vegas, Nevada berjaya mengutip hasil penjualan album sebanyak 20 juta.

Selepas Hot Fuss tanpa berhenti daripada menghiburkan peminat yang berada di seluruh dunia ketika itu, The Killers jelajah selama dua tahun dan telah membuat lebih daripada 400 persembahan. Antara lokasi persembahan yang sehingga kini diingati adalah Festival Eropah Terbesar, Glastonbury, The Reading dan juga festival Leeds dan Pukkelpop. Tidak ketinggalan kumpulan ini yang laris di lokasi berprestij Amerika Syarikat, Madison Square Garden.

Bercakap dengan pengarah Future Sound Asia (FSA) Ben Law yang turut sama mengagumi kehebatan The Killers dan persembahannya kelak adalah yang ditunggu-tunggu.

“Akhirnya kami berjaya membawa masuk lagenda rock yang disegani ke sini dan saya sebagai peminat kumpulan rock ini begitu teruja. Persembahan mereka kelak adalah yang tidak boleh dilupakan oleh para peminat mereka disini”

Bagi mereka yang masih belum sempat membeli tiket boleh dapatkannya di kedai Rock Corner Berdekatan atau secara online di www.boxtix.asia. Jomm!