fbpx

The Biggest Loser Asia Kini Kembali: Ujibakat 13 Jun Ini di The Curve, KL

Info terbaik untuk mereka yang ingin menguji nasib untuk menurunkan berat badan.

Jika ubat ajaib Dr.Rozmey masih belum menunjukkan kesan, ini adalah jalan yang lebih ideal.

The Biggest Loser Asia kini membuka pintu untuk pendaftaran peserta baru musim ke-2.

Pemenang musim pertama, David Gurnani berjaya menurunkan lebih 83kg & ini sudah cukup kuat untuk menjadi perangsang dan motivasi anda menjadi lebih ringan.

Ujibakat akan di’adakan di Fitness First Centre di The Curve pada 13 Jun ini & sebelum itu, anda perlu melengkapkan borang yang maha panjang di’laman web rasmi mereka.

Jadi tunggu apa lagi? Mana tahu anda mungkin menjadi jejaka atau gadis terhangat seterusnya menerusi The Biggest Loser Asia musim kedua.