fbpx

Teruja Dapat Pfizer, Seluar Senteng Iman Troye Dikritik

Baru-baru ini, penyanyi Iman Troye meluahkan rasa syukur serta berkongsikan keterujaannya apabila menerima suntikan vaksin pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Iman turut memuat naik gambarnya memegang kad vaksin serta memaklumkan menerima vaksin jenis Pfizer.

BACA: Netizen Samakan Muka Iman Troye Macam DS Vida Masa Muda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

Namun, disebalik keseronokan tersebut lain yang menjadi perhatian netizen apabila menegur mengenai seluar dipakai Iman yang dilihat singkat dan tidak sesuai dengan imejnya berhijab. Malah, ada peminat mengatakan sudah beberapa kali menegur mengenai aurat kaki.

Dalam pada itu, ada segelintir mempersoalkan apa keperluan untuk memberitahu jenis vaksin yang diperoleh lebih-lebih lagi jika berpeluang mendapat jenis Pfizer. Kata netizen lagi, jika dapat vaksin jenis lain seperti Sinovac pasti tidak akan diberitahu kepada umum.