fbpx

Netizen Samakan Muka Iman Troye Macam DS Vida Masa Muda

Sejak kontroversi ‘kes tujuh angka’ bulan lalu, nama penyanyi Iman Troye sepi seketika. Namun, baru-baru ini, foto dikongsikan oleh Iman menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu muat naik di Instagram, Iman dilihat ada memuat naik fotonya bergaya dalam persalinan dan solekan outfit of the day (OOTD) versi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: Iman Troye Mohon Maaf, Akui Tak Sensitif

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyamakan wajah Iman seperti jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ketika muda.

Malah, ada yang menyangkakan gambar tersebut merupakan Datuk Vida. Dalam pada itu, ramai yang memuji kecantikan Iman menerusi gambar tersebut.

Terdahulu, Iman dikecam teruk apabila memuat naik status seolah meraikan bilangan kes Covid-19 mencecah 7,000. Bagaimanapun, selepas beberapa jam memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter miliknya.