fbpx

Tertunai Doa Siti Nurhaliza Bawa Siti Aafiyah Ke Mekah

Pernah berhasrat mahu membawa Siti Aafiyah menunaikan umrah, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila berkesempatan membawa anaknya ke Mekkah pada 23 Mei ini bersama ahli keluarga.

BACA: Siti Nurhaliza Sedia Wariskan SimplySiti Buat Aafiyah

Kongsi Siti, setiap kali menjejakkan kaki ke Mekkah, beliau sering berdoa agar dikurniakan cahaya mata dan dapat membawa anaknya itu menunaikan umrah selepas dilahirkan dan akhirnya doanya dimakbulkan.

“Saya akan bawa Aafiyah untuk menunaikan umrah pada 23 Mei ini dan suami saya juga akan ikut bersama serta beberapa ahli keluarga. Sebelum mengandung saya ada berdoa setiap kali ke Mekkah untuk dikurniakan cahaya mata”

“Dan membawa anak saya tunai umrah selepas dilahirkan. Alhamdulillah saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya,” jelasnya kepada m Star Online.

Difahamkan Siti bakal berangkat ke Mekah pada 23 Mei ini bersama suami, Datuk K dan beberapa ahli keluarga yang lain. Semoga perjalanan Siti ke tanah suci dipermudahkan dan berjalan lancar. (rtky/w)