fbpx

Siti Nurhaliza Sedia Wariskan SimplySiti Buat Aafiyah

Baru saja melancarkan rangkaian produk terbaru SimplySiti yang diberi nama Epie X Siti Pro Series, sedar tak sedar jenama kosmetik penyanyi nombor satu negara ini sudah 9 tahun berada di pasaran.

Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu beliau berhasrat mahu mewariskan perniagaan kosmetiknya itu kepada puteri tercintanya, Siti Aafiyah Khalid apabila dia dewasa kelak. Kata Siti lagi, meskipun usia anaknya itu baru mencecah setahun, Aafiyah sangat suka melihatnya bersolek

BACA: Kemeriahan Sekitar Sambutan Ulang Tahun Pertama Siti Aafiyah

“Walaupun Aafiyah baru setahun, dia sudah pandai rasa teruja setiap kali melihat saya bersolek.

“Jika dia benar-benar berminat dengan perniagaan kosmetik, semestinya SimplySiti akan diwarisi Aafiyah kelak,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Siti berkata beliau dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mahu melihat Aafiyah menceburi bidang perniagaan apabila dewasa. Bertuahnya Siti Aafiyah, kami mendoakan agar si comel pipi merah membesar dengan sihat dan semoga kehidupannya diberkati.