fbpx

Tertekan Dengan Kecaman, Baby Shima Terpaksa Makan Ubat Penenang

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular foto penyanyi dangdut, Baby Shima yang didakwa bercium di sebuah kelab malam.

Tampil menjelaskan mengenai perkara itu menerusi satu video semalam, Shima menangis teresak-esak mengatakan ianya lakonan untuk MV lagu barunya berjudul, Lalai.

BACA: Baby Shima Menangis Teresak-Esak Perjelas Foto Di Kelab Malam

Mungkin kecewa dan tertekan dengan kecaman netizen, penyanyi itu terpaksa mengambil ubat penenang bagi merawat depresi yang dialaminya.

Menerusi satu perkongsian, penyanyi berusia 29 tahun itu ada memuat naik foto ubat penenang yang perlu dimakan. Shima turut menyertakan kapsyen seolah berada dalam keadaan sedih.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi itu serta terus kuat untuk tempuhi asam garam sebagai anak seni.