fbpx

Baby Shima Menangis Teresak-Esak Perjelas Foto Di Kelab Malam

Sejak petang tadi, hangat diperkatakan apabila tular gambar penyanyi dangdut Baby Shima didakwa sedang mencium seorang lelaki di dalam sebuah kelab malam.

Mengakui dirinya dalam gambar tersebut, Baby Shima meminta netizen tidak sibuk tentang hal peribadinya kerana apa yang dilakukannya itu tidak menganggu orang lain.

BACA: Foto Mirip Baby Shima Bercium Di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Kesal apabila dikecam teruk oleh netizen, menerusi satu video dikongsikan sebentar tadi, Baby Shima berkata gambar itu sengaja disebarkan untuk memburukkan namanya.

“Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang tersebar tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama Shima.

“Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar tu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya dia buat orang benci lagi dekat Shima,” katanya.

Dilihat tidak dapat menahan rasa sebak, Shima menjelaskan foto tersebut adalah hanya lakonan untuk MV lagu terbarunya berjudul Lalai.

“Buat apa Shima nak buat gimik macam tu untuk malukan diri Shima. Kalau korang nak tahu, gambar itu waktu Shima tengah Shooting untuk muzik video single terbaru Shima, Lalai. Puas hati korang?” katanya.