Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan pengarah terkenal, Syamsul Yusof didawak sudah berkahwin dengan Ira Kazar.
Susulan dakwaan tersebut, Syamsul mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.
BACA: “Saya Harap Tindakan Syamsul Tak Keruhkan Keadaan” – Yusof Haslam
Memetik Harian Metro, pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam mengharapkan yang terbaik buat anak dan juga menantunya, Puteri Sarah serta menyerahkan segala keputusan kepada Syamsul untuk mencari jalan yang diredai Allah.
“Dalam hidup ini ada banyak persimpangan. Sebagai ibu bapa, kami sentiasa mendoakan yang terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Yusof berkata dia tidak mahu masuk campur dalam hal rumah tangga Syamsul yang didakwa sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar.
Malah, Yusof juga enggan mengulas mengenai tindakan Syamsul Syamsul yang mahu memfailkan saman sebanyak RM10 terhadap Jawi yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.